Tuesday, September 19, 2006
Topik 3Pada pendapat saya, hukuman yang dijatuhkan ke atas para pendera kucing memang tidak setimpal dengan perbuatan zalimnya itu. Memang kucing itu adalah binatang ataupun haiwan. Namun begitu, mungkin ada di antara kita terlupa bahawa kucing serta binatang-binatang lain juga mempunyai perasaan. Sama sahaja seperti manusia. Kucing itu juga adalah ciptaan Tuhan. Justeru itu, memang patut perbuatan mendera kucing itu disifatkan sebagai zalim.Adakalanya juga saya bingung, mengapa ada sesetengah orang dikalangan masyarakat Singapura begitu tega sekali mendera kucing peliharaan mereka? Maksud saya, sifat seekor kucing itu sama sahaja seperti seorang bayi. Mereka juga ingin dibelai kasih serta dimanja. Lagipula, mata mereka yang begitu besar serta bulat membuat mereka comel manakala sifat manja mereka begitu dapat menawan hati saya. Justeru itu, bagaimana pendera kucing tersebut begitu tegah mendera serta menyiksa haiwan-haiwan yang comel-comel belaka ini? Ataupun memang pendera kucing tersebut yang tidak mempunyai belas kasihan langsung?Ada sebab-sebab tertentu mengapa saya berkata bahawa hukuman yang dijatuhkan ke atas para pendera kucing memang tidak setimpal dengan perbuatan zalimnya itu. Sebab yang terutama sekali adalah kerana kucing itu ciptaan Tuhan dan kita memang tidak patut mendera apatah lagi membunuh ciptaan Tuhan meskipun ia seekor kucing!!! Lagipun, orang yang mendera kucing tersebut seolah-olah tidak mempunyai sifat berperikemanusian dan meletakkan beliau di dalam penjara serta menyamannya tidak akan langsung mengubah sikap beliau serta menyedari perbuatannya itu. Sebaliknya, hanya perasaan takut yang bisa menghalangi beliau daripada melakukan perbuatan yang sama.Dalam kebanyakkan kes, ada kucing-kucing yang mati akibat penderaan tersebut. Justeru itu, hukuman yang dijatuhkan ke atas para pendera kucing tersebut bagai tidak adil!!! Mana bisa pendera kucing itu dibebaskan setelah satu tahun menjalani hukuman penjara manakala kucing tersebut telah mati? Mungkin ada diantara kita yang akan menentang sekeras-kerasnya bahawa yang mati akibat penderaan kucing itu hanyalah seekor kucing dan bukannya manusia.Disini, ingin saya memperjelaskan lagi bahawa walaupun penderaan itu hanya dilakukan atas seekor kucing, mungkin dari situ juga si pendera kucing akan menjadi lebih berani dan akan mendera lebih banyak kucing. Siapa tahu mungkin akibat "pengalaman" mendera kucing-kucing itu, si pendera kucing tersebut akan berani pula mendera anak-anak serta isterinya. Ianya tidak mustahil bukan. Setiap perlakuan itu pasti ada pengaruh buruknya. Justeru itu, masyarakat Singapura harus memikirkan tentang pengaruh-pengaruh serta akibat-akibat yang akan terdapat jika berlakunya sesuatu itu, tidak kira betapa kecil mahupun besar perlakuan tersebut. Ini adalah kerana sekecil-kecil pengaruh perlakuan tersebut, akhirnya akan bisa juga dikaitkan serta menimbulkan kepada masalah-masalah lain. Justeru itu, ini akan menyumbangkan lebih banyak lagi pengaruh besar dan akan memperburukkan lagi keadaan serta merumitkan lagi situasi. Oleh ini, ianya lebih baik jika kita mengawasi setiap kejadian yang berlaku dan kita pula harus cekap mengatasi masalah pengaruh kecil itu sebelum ia merebak lalu menjadi arus permulaan bagi pengaruh-pengaruh besar buat masalah-masalah yang lain pula.
6:30 PM