Tuesday, September 19, 2006
Topik 3Pada pendapat saya, hukuman yang dijatuhkan ke atas para pendera kucing memang tidak setimpal dengan perbuatan zalimnya itu. Memang kucing itu adalah binatang ataupun haiwan. Namun begitu, mungkin ada di antara kita terlupa bahawa kucing serta binatang-binatang lain juga mempunyai perasaan. Sama sahaja seperti manusia. Kucing itu juga adalah ciptaan Tuhan. Justeru itu, memang patut perbuatan mendera kucing itu disifatkan sebagai zalim.Adakalanya juga saya bingung, mengapa ada sesetengah orang dikalangan masyarakat Singapura begitu tega sekali mendera kucing peliharaan mereka? Maksud saya, sifat seekor kucing itu sama sahaja seperti seorang bayi. Mereka juga ingin dibelai kasih serta dimanja. Lagipula, mata mereka yang begitu besar serta bulat membuat mereka comel manakala sifat manja mereka begitu dapat menawan hati saya. Justeru itu, bagaimana pendera kucing tersebut begitu tegah mendera serta menyiksa haiwan-haiwan yang comel-comel belaka ini? Ataupun memang pendera kucing tersebut yang tidak mempunyai belas kasihan langsung?Ada sebab-sebab tertentu mengapa saya berkata bahawa hukuman yang dijatuhkan ke atas para pendera kucing memang tidak setimpal dengan perbuatan zalimnya itu. Sebab yang terutama sekali adalah kerana kucing itu ciptaan Tuhan dan kita memang tidak patut mendera apatah lagi membunuh ciptaan Tuhan meskipun ia seekor kucing!!! Lagipun, orang yang mendera kucing tersebut seolah-olah tidak mempunyai sifat berperikemanusian dan meletakkan beliau di dalam penjara serta menyamannya tidak akan langsung mengubah sikap beliau serta menyedari perbuatannya itu. Sebaliknya, hanya perasaan takut yang bisa menghalangi beliau daripada melakukan perbuatan yang sama.Dalam kebanyakkan kes, ada kucing-kucing yang mati akibat penderaan tersebut. Justeru itu, hukuman yang dijatuhkan ke atas para pendera kucing tersebut bagai tidak adil!!! Mana bisa pendera kucing itu dibebaskan setelah satu tahun menjalani hukuman penjara manakala kucing tersebut telah mati? Mungkin ada diantara kita yang akan menentang sekeras-kerasnya bahawa yang mati akibat penderaan kucing itu hanyalah seekor kucing dan bukannya manusia.Disini, ingin saya memperjelaskan lagi bahawa walaupun penderaan itu hanya dilakukan atas seekor kucing, mungkin dari situ juga si pendera kucing akan menjadi lebih berani dan akan mendera lebih banyak kucing. Siapa tahu mungkin akibat "pengalaman" mendera kucing-kucing itu, si pendera kucing tersebut akan berani pula mendera anak-anak serta isterinya. Ianya tidak mustahil bukan. Setiap perlakuan itu pasti ada pengaruh buruknya. Justeru itu, masyarakat Singapura harus memikirkan tentang pengaruh-pengaruh serta akibat-akibat yang akan terdapat jika berlakunya sesuatu itu, tidak kira betapa kecil mahupun besar perlakuan tersebut. Ini adalah kerana sekecil-kecil pengaruh perlakuan tersebut, akhirnya akan bisa juga dikaitkan serta menimbulkan kepada masalah-masalah lain. Justeru itu, ini akan menyumbangkan lebih banyak lagi pengaruh besar dan akan memperburukkan lagi keadaan serta merumitkan lagi situasi. Oleh ini, ianya lebih baik jika kita mengawasi setiap kejadian yang berlaku dan kita pula harus cekap mengatasi masalah pengaruh kecil itu sebelum ia merebak lalu menjadi arus permulaan bagi pengaruh-pengaruh besar buat masalah-masalah yang lain pula.
6:30 PM
Topik 1Saya tidak begitu setuju apabila dikatakan bahawa remaja hari ini tidak memerlukan sahabat kerana mereka boleh bergantung kepada kebendaan. Sememangnya, setiap seorang itu memerlukan sahabat, tidak kira yang tua mahupun yang muda. Remaja memerlukan sahabat untuk berkongsi masalah ataupun meminta nasihat. Sementara itu pula, kebendaan seperti alat pemain MP3, Internet dan sebagainya, kerap sekali digunakan sebagai teman menghibur diri untuk mengurangkan tekanan yang terdapat dalam diri seseorang. Misalnya, alat pemain MP3 kerap sekali digunakan remaja untuk menenangkan minda mahupun jiwa. Tatkala muzik bisa memberi ketenangan, sahabat pula bisa memberi pedoman dan menjadi tempat mengadu nasib buat teman-temannya yang lain.Memang benar bahawa adakalanya remaja menggunakan Internet dan pemain alat MP3 sebagai teman menghibur diri. Sahabat juga bisa menghiburkan hati kita tatkala kita hiba. Jika difikirkan secara dalam lagi, kebendaan seperti pemain alat MP3 dan Internet hanya bisa memberi ketenangan pada hati dan menghilangkan tekanan yang ada pada diri kita buat sementara waktu sahaja. Jika kita mengadu nasib kepada sahabat, bukan sahaja ia bisa memberi ketenangan, malah ia juga bisa meringankan beban diatas bahu kita. Segala kebimbangan dan kerisauan juga turut lenyap sedikit demi sedikit. Perasaan kita juga akan berasa lebih lega.Secara logika juga, kita tidak bisa mengadu nasib kepada kebendaan seperti pemain alat MP3. Lainlah jikalau remaja tersebut memiliki sebuah diari dan meluahkan perasaannya disitu. Namun begitu, ada lebih manfaatnya jika kita mengadu nasib kepada sahabat ataupun kepada seseorang yang kita percayai. Orang tersebut bisa membangkitkan semula keyakinan diri kita, memberi pentunjuk serta nasihat. Jika muzik hanya bisa mengurangkan tekanan, sahabat bisa menghiburkan hati tatkala kita lara dengan gurauan senda serta senyuman sakti mereka. Lagian, melihat orang yang kita kasihi itu begitu gembira, ia akan lagi menambahkan senang dihati kita lalu mengurangkan sesak di dada.Kalau ikutkan hati, saya lebih suka keluar bersiar-siar dengan sahabat daripada terperangkap dirumah menggunakan kebendaan sebagai teman menghibur diri. Lagipun, jika kita terlalu asyik melungsuri Internet ataupun mendengar muzik, mudah sekali kita bisa menjadi bosan dan jemu akan kebendaan-kebendaan tersebut. Tidak baik juga jika kita memendam rasa pedih atau gundah buat tempoh yang lama. Justeru itu, remaja seperti kita semua memerlukan sahabat supaya kita tahu tatkala kita tersungkur, masih ada yang akan membantu kita untuk berdiri tegak semula. Justeru itu, remaja memang memerlukan seorang sahabat sebagai arus keyakinan. Persamaan antara menggunakan kebendaan dan sahabat sebagai teman penghibur adalah kedua-duanya memberi ketenangan dan mengurangkan tekanan. Meskipun begitu, perbezaannya pula adalah sahabat bisa membina semula keyakinan diri kita dan memberikan kita sinar harapan. Kebendaan tidak bisa. Lagi pula, jika kita mengimbas kembali kenangan-kenangan indah yang dikongsi bersama sahabat, adakalanya juga kenangan-kenangan indah tersebut memberikan kita kekuatan untuk terus ke hadapan serta melabuhkan semangat kita untuk memperjuangkan apa yang kita inginkan! Benar tidak? ;)Orang ramai selalu mengatakan bahawa sahabat sejati itu adalah seseorang yang sanggup mengharungi suka ataupun duka bersama tak kira pedihnya. Memang sukar untuk membuktikan betapa sungguhnya kita menghargai sesebuah persahabatan itu kerana kerap sekali sesebuah persahabatan tersebut dinilai secara zahir. Ramai yang gagal merasakan mahupun menikmati keindahan sesebuah persahabatan itu. Hanya jika mereka dapat melihat dengan lebih dalam lagi, mungkin baru itu sahajalah mereka dapat merasakan betapa indahnya keagungan kasih sesebuah persahabatan itu.
6:28 PM
Sunday, July 30, 2006
Penyalah-gunaan Ruang Siber (Internet)."Internet". "Internet" ini memang adalah di antara kalangan teknologi yang termaju yang terdapat di Singapura. Justeru itu, kerana penggunaan "Internet" yang begitu cepat dan mudah untuk mencari sesebuah maklumat, tidak mustahil jika sesetengah remaja kita tidak teragak-agak untuk menyalah-gunakan "Internet" ini. Saya pasti bahawa ramai yang tidak bisa menafikan bahawa di dalam kehidupan kita ini, benda yang baik ataupun yang elok-elok akan selalu di salah-gunakan oleh sesetengah pihak.
Ada juga pihak yang sanggup menyalah-gunakan sesuatu itu demi kebaikan dan juga kemanfaatan diri masing-masing. Jika cikgu bertanya kepada saya, bagaimanakah sesetengah remaja itu bisa menyalah-gunakan "Internet"? Pada pendapat saya, terlalu banyak kesalahan yang tidak terkira yang telah dilakukan oleh remaja kita hari ini, yang telah menyalah-gunakan "Internet". Namun begitu, ada diantara perkara-perkara yang telah dilakukan kerana menyalah-gunakan "Internet" adalah pencarian buat perkara kelucahan ataupun dalam sebutan Inggeris "pornographic stuffs".
Ya, siapa kata benda-benda lucah tidak bisa didapatkan di "Internet". Baca sahaja suratkhabar bahasa Melayu kita [Berita Minggu], hampir setiap minggu terdapat kisah mengenai remaja yang merakamkan perbuatan seks mereka lalu meletakkannya di "Internet". Mungkinkah mereka sedang mendahagakan perhatian ataupun mungkin mereka berfikir bahawa perbuatan mereka ini "kool"?
Di sini, kita semua dapat membayangkan bagaimana sesebuah masalah itu bisa diheretkan kepada sebuah masalah yang lain. Sudahlah perbuatan zina itu berdosa, tambahan lagi perbuatan tersebut dirakamkan lalu diletakkan di "Internet". Perbuatan remaja yang meletakkan rakaman itu di "Internet" bisa mempengaruhi remaja-remaja lain untuk melakukan perkara yang sama terutama sekali buat remaja yang berfikiran sempit. Siapa tahu di kemudian hari, benda ini pula akan dijadikan "trend". Apa nak jadi kepada dunia kita ini?
Ruang sembang ataupun dalam sebutan Inggerisnya "chatting". Sebut sahaja perkataan "Internet", perkara yang pertama menusuk ke dalam fikiran saya adalah ruang sembang dan juga diari maya. Buat perkara ruang sembang, kita juga bisa menyalah-gunakannya. Sememangnya jika kita hendak bersembang dengan orang yang tidak kita kenali itu, pasti di dalam hati kita itu, terdapat sebuah desakan yang membuat kita ingin bertemu dengan orang asing tersebut kerana alasan yang paling utama iaitu, ingin melihat wajah ataupun paras rupa orang yang sedang mereka bersembang dengan.
Terdapat banyak ruang sembang di "Internet" ini. Ada diantara mereka adalah "MSN". Namun begitu, "MSN" tidak begitu berbahaya kerana sekurang-kurangnya kita tahu dengan siapa kita semua bersembang dengan. Tetapi jika kita menggunakan "IRC" ataupun "Alamak", ini sudah menjadi perkara lain kerana dalam kedua-dua ruang sembang tersebut, kita tidak tahu dengan siapa kita sedang bersembang. Mungkin dengan buaya daratan? Mungkin juga tidak. Pokoknya, selalu setelah bersembang, kedua-dua pihak pasti bercadang untuk berjumpa dan jika nasib si belia begitu malang, si belia itu akan menjadi mangsa buaya daratan itu. Jadi berhati-hatilah jika ingin bersembang dengan orang yang kita tidak kenali. Tidak semestinya, yang kacak ataupun yang cantik itu, semuanya baik belaka mahupun budi pekerti.
Buat diari maya pula, sudah wajar bahawa semua tahu bagaimana caranya seseorang belia itu menyalah-gunakan "Internet". Memang tidak salah untuk seseorang itu meluahkan perasaanya, tetap sikap hormat-menghormati itu patut dan mesti ada. Ada remaja yang menggunakan diari maya untuk mengutuk guru mereka, musuh-musuh dan yang paling utama sekali, bangsa dan agama. Mereka bagai ingin mempromosi perbuatan diskriminasi. Dan dari situlah, mereka akan dikenakan tindakan hukuman. Jika setiap manusia di alam fana ini saling hormat-menghormati antara satu sama lain baik berlainan bangsa mahupun agama, sudah pasti dunia ini akan menjadi lebih aman.
Di kalangan remaja, perkara yang selalu kita suka melakukan adalah untuk "download" lagu. Itupun mereka melakukannya secara "illegal". Mungkin kesannya tidak begitu hebat namun dengan "mendownload" lagu secara "illegal" itu, remaja tersebut tetap "mempromosikan" perbuatan yang melanggar undang-undang. Betul tidak? Dan juga oleh kerana "Internet" ataupun komputer kita yang mempunyai berbagai fungsi yang begitu asyik, kita pasti akan menggunakannya buat jangka masa yang panjang tanpa merehatkan mata kita. Dan dari situlah pula, meningkatlah masalah "myopia".
Jika anda membaca semula tulisan saya di atas, mungkin anda akan sedar bahawa hampir setiap kesalahan yang dilakukan remaja kita baik kecil mahupun besar, secara sengaja ataupun tidak, pasti dalam pelbagai cara, akhirnya akan terjebak dengan pelanggaran undang-undang. Dari sini kita juga dapat membayangkan bagaimana sesebuah perbuatan itu bisa mempengaruhi remaja lain dan juga kanak-kanak kecil. Kita juga dapat membayangkan bagaimana sesebuah masalah itu bisa diheretkan ke masalah lain lantas membuat "chains of" masalah.
Remaja kita dapat menjadi pengguna ruang siber yang berhemah tinggi dengan mengadakan sikap hormat-menghormati. Hormat itu penting. Dengan hormat, pasti semua akan berpuas hati dan pergaduhan mengenai kaum dan pelbagainya, sudah tentu tidak akan tercetus lagi. Jika seseorang remaja ingin menjadi pengguna ruang siber yang berhemah tinggi, senang sahaja caranya. Latihlah sikap hormat-menghormati, sikap berhati-hati dan juga seseorang itu harus berfikiran luas supaya tidak mudah dipengaruhi oleh perkara-perkara negatif di Internet.
Sewajarnya, remaja itu harus pandai membezakan antara perkara yang baik mahupun yang buruk. Lagi pula, apa faedahnya merakamkan perbuatan zina lalu meletakkanya di "Internet". Kesannya hanya adalah hilang maruah dan juga malu yang besar. Yang terakhir sekali, usah melanggar undang-undang demi kemanfaatan masing-masing. Patuhilah undang-undang. Saling hormat-menghormatilah antara satu sama lain. Latihlah sikap berhati-hati. Dengarlah nasihat orang-orang tua. Perkara-perkara ini, semuanya mudahkan caranya untuk menjadi pengguna ruang siber yang berhemah tinggi?
Aduh! Saya memang tidak dapat menafikan bahawa sememangnya saya tidak dapat membayangkan hidup saya tanpa kehadiran "Internet". Sejujurnya, "Internet" telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian saya. Begitu juga rasanya dengan telefon bimbit saya, "discman" dan terutama sekali juga televisyen di rumah. Bisa gila saya dibuatnya jika saya tidak mempunyai telefon bimbit saya disisi saya buat satu hari. "Internet", "discman" dan televisyen juga penting buat saya. Maklumlah, remaja kita hari ini kan semuanya "modern", sudah tidak lagi ketinggalan zaman. :) Semua hendak benda yang canggih dan yang baru sahaja. Pokoknya, saya memang tidak bisa hidup tanpa keempat-empat benda tersebut. Benar-benar saya bisa jadi gila, bisa jadi tidak waras.
8:33 AM
Sunday, July 23, 2006
Siapa buli???
Buli. Membuli. Dibuli. Siapa yang bisa melarikan diri daripada 'godaan' membuli seseorang? Malah, siapa lagi yang bisa melarikan diri daripada dibuli atau dijadikan mangsa buli seseorang?
Sejujurnya, setelah saya membaca artikel berbahasa Inggeris tersebut, terkejut juga saya dibuatnya. Sesungguhnya, saya benar-benar tidak menyangka bahawa buli boleh diletakkan dalam dua kategori iaitu kategori buli secara fizikal dan juga buli secara lisan. Jadi selama ini, saya begitu dungu. Saya hanya menyangka bahawa apabila seseorang itu menyebut perkataan buli, beliau bermaksud buli secara fizikal. Tidak pernah terlintas difikiran saya selama 14 tahun saya hidup di dunia ini bahawa terdapat buli secara lisan. Namun, tidak mengapa kerana setiap seorang itu pasti akan mempelajari sesuatu walau secara awal atau lambat.
Sudah semestinya saya percaya bahawa buli wujud di sekolah saya. Sewajarnya memang setiap sekolah mempunyai pembuli atau mangsa buli. Tiada siapa yang bisa menafikan kenyataan itu. Lagipun, tanpa pembuli, mana mungkin ada mangsa buli? Dan tanpa mangsa buli juga, mana mungkin pula ada pembuli? Betul tidak? Disini ingin saya mengatakan juga bahawa buli bukan hanya bisa berlaku di sekolah. Buli bisa berlaku dimana-mana sahaja. Misalnya, buli boleh berlaku di perpustakaan ataupun mungkin di dalam rumah mereka sendiri. Memang tidak mustahil. Maksud saya, mana mungkin di dalam alam fana ini, tiada sebarang adik-beradik yang tidak membuli antara satu sama lain?
Pernah suatu ketika dahulu, saya dibuli adik saya. Kesian bukan. Beliau mengancam untuk memberitahu rahsia saya kepada ibubapa kami. Siksa juga saya dibuatnya. Risau habis batin saya. Rasanya begitu kesal memberitahu adik saya rahsia saya. Namun kini, kami berdua telah berdamai. Beliau juga telah terlupa semua rahsia lama saya. Alhamdulillah. Aman hidup saya! Saya pula kian lebih matang dan pandai bermain silap mata dengan adik saya. Sehingga detik ini, memang kami berdua masih berkongsi rahsia. Cuma apabila beliau mengancam saya dengan rahsia saya. Saya akan juga berbuat demikian. Dengan cara tersebut, tiada siapa yang kalah mahupun yang menang! Adil bukan? Baru padan muka adik saya! Ya, selama ini saya tidak sedar bahawa perkara yang telah saya lalui itu bisa disifatkan sebagai buli atau secara lebih tepat lagi, buli secara lisan.
Pada pendapat saya, sesetengah remaja itu menjadi mangsa buli kerana perasaan takut. Dari pengalaman saya menjadi mangsa buli adik saya, memang perasaan takut itu sentiasa wujud. Perasaan tersebut akan tetap wujud, tidak kira seseorang itu dibuli secara fizikal atau lisan. Untuk menjelaskan lagi maksud saya, saya akan berikan dua buah contoh. Buat buli secara fizikal, seseorang itu akan merasakan ketakutan kerana sewajarnya mereka takut akan dicederakan. Contohnya, mungkin mereka takut akan dipukul, ditendang, dihentak dengan besi dan sebagainya. Pokoknya, mereka takut mereka cedera parah dan tidak mampu menahan kepedihannya.
Bagi buli secara lisan pula, perasaan ketakutan itu akan pula menimbul kerana mereka takut akan mungkin rahsia mereka terbongkar ataupun mereka berasa malu kerana telah diejek-ejekkan oleh sahabat-sahabat mereka. Lagi satu pendapat saya mengapa sesetengah remaja menjadi mangsa buli adalah mungkin kerana si pembuli tersebut telah mengancam mereka bahawa beliau akan mencederakan orang-orang yang mereka sayangi. Dengan cara itu, si mangsa buli pasti akan berasa risau akan 'keselamatan' orang-orang yang mereka sayangi itu. Mungkin kerana rasa sayang, takut dan juga risau, si mangsa buli akan turuti segala kehendak si pembuli. Lantas, dia akan terus-menerus menjadi mangsa beliau. Dan dari sinilah, si mangsa buli akan secara perlahan-lahan menghilang kepercayaan diri untuk melawan balik si pembuli kerana atas dasar rasa takut.
Kesan ke atas remaja yang dibuli memang terlalu hebat. Jika kita membandingkan kesan antara si mangsa buli dan pembuli, kesan ke atas si mangsa buli itu lebih hebat. Ini kerana, jika kamu bayangkan, jika kamu dibuli terus-menerus, antara perasaan utama yang dapat kamu rasakan sudah tentu adalah benci yang besar terhadap si pembuli dan juga rasa tidak berpuas hati. Dan dari rasa tidak berpuas hati pula, disitulah muncul arusnya perasaan membalas dendam. Jika perasaan dendam itu makin meluap-luap, parah pula keadaannya nanti. Jika si mangsa buli itu ingin membalas dendam dan tidak bisa membuat demikian terhadap si pembuli beliau, mungkin si mangsa buli itu pula akan membalas dendamnya itu terhadap orang lain. Lantas, orang yang lain itu pula akan menjadi mangsa buli seterusnya dan jika perkara sebegini terus-menerus berlaku, kita benar-benar boleh melihat sebuah "cycle".
Kesan ke atas remaja yang membuli mungkin tidak sehebat remaja yang dibuli. Ini kerana rasa berpuas hati dapat dinikmati oleh si pembuli kerana hasratnya untuk membalas dendam itu telah tercapai. Mungkin setelah dapat menikmati rasa berpuas hati itu, beliau akan berhenti membuli. Mungkin juga mereka tidak akan berhenti kerana rasa 'seronok' ketika membuli seseorang ataupun mungkin kerana desakan sahabat. Saya juga tidak akan menolak kemungkinan bahawa ada remaja yang menjadi pembuli kerana inginkan perhatian. Mungkin perhatian dari teman-temannya di sekolah. Ataupun mungkin si pembuli menjadi nakal kerana dahagakan perhatian pula daripada ibubapa masing-masing. Biasanya buat orang yang dibuli, mereka akan mula menjadi pendiam. Ini semua gara-gara puncanya rasa ketakutan mahupun rasa serik. Disitu, tidak mustahil juga, jika batin mereka tersiksa.
Saya tidak pernah menjadi mangsa buli secara fizikal tetapi agaknya saya pernah menjadi mangsa buli secara lisan. Misalnya, menurut artikel tersebut, antara contoh buli secara lisan adalah "teasing" ataupun "name calling" Jika "teasing" ataupun diejek itu, memang saya sudah biasa tetapi saya sebenarnya seorang yang berfikiran luas. Saya dan teman-teman menganggap itu semua sebagai bahan gurauan. Siapa yang tidak pernah mengejek ataupun diejek di dunia ini? Saya pun pernah kena. Mungkin cikgu juga.
Jika kami bergurau secara ejek-ejekkan ataupun "name calling", saya dan teman-teman tahu batasannya. Mana mungkin kita mengejek teman-teman kita hingga kita menyinggung perasaan mereka. Jika kadang-kala tanpa sengaja kita menyinggung perasaan mereka,ya, sudah tentu kami semua minta maaf. Bukannya sengaja kita ingin menyakitkan hati si sahabat. Benarkan? Kami semua juga ada perkara lain yang lebih berfaedah untuk dilakukan daripada mengejek sahabat melebihi batasannya.
Sebenarnya, saya hampir terlupa untuk menjelaskan sesuatu. Jika kita dibuli secara fizikal ataupun lisan, buli fizikal hanya lebih kepada mungkin cedera parah hingga mengalir darah, patah tulang ataupun bengkak. Namun buli secara lisan pula lebih kepada perasaan ataupun batin. Luka secara batin sebenarnya lebih hebat untuk ditanggung jika dibandingkan dengan luka secara fizikal. Luka secara fizikal hanya mencabar kekuatan seseorang. Namun, luka secara batin itu mencabar daya pemikiran, kesabaran dan juga mungkin keimanan seseorang itu. Lantas, luka fizikal memerlukan masa yang singkat dan juga perubatan yang disarankan doktor untuk disembuh namun buat luka batin, hanya masa, kasih sayang dan semangat daripada orang-orang yang disayangi, bisa menjadi ubatnya.
11:01 PM
Thursday, July 13, 2006
Remaja dan Tatu.
Tatu. Perkataan itu sudah tidak lagi asing buat remaja kita. Bahkan ada juga diantara mereka yang telahpun memasang tatu. Pada pendapat saya, terdapat banyak dorongan yang kurang baik yang membuatkan remaja memasang tatu di tubuh mereka. Melihat dari segi kehidupan remaja kita hari ini, berkemungkinan besar, dorongan yang terhebat yang membuat si remaja memasang tatu adalah gara-gara trend. Bukan itu sahaja. Ada kalanya juga, seseorang remaja itu tidak mengetahui caranya untuk membantah kata-kata sahabatnya. Contohnya, apabila sesuatu perkara yang dianggap mereka itu sebagai 'negatif', mereka tidak tahu caranya untuk mengelakkan daripada membuat perkara tersebut terutama sekali apabila perkara yang dianggap mereka sebagai negatif itu, dianggap sebagai 'kool' pula oleh sahabat-sahabatnya yang lain. Mungkin kerana tidak mahu dipandang rendah ataupun disisih oleh teman, remaja tersebut terpaksa mengaku kalah meskipun beliau tahu perbuatan itu adalah sebuah kesalahan. Apatah lagi, dengan desakan sahabat-sahabatnya beliau yang "bermulut manis", mana mungkin si remaja berkata tidak kepada teman?
Malu. Kecewa. Kebanyakkan ibubapa tidak pernah terlepas dari rasa malu mahupun rasa kecewa terutama sekali gara-gara anak mereka. Ibubapa mana yang tidak kecewa ataupun malu jika terlihat tatu di tubuh anak mereka? Dari segi pandangan orang luar, nanti ada pula yang kata ibubapa mereka ini tidak tahu menjaga mahupun mendidik anak mereka dengan baik. Bagaimana pula dengan pandangan masyarakat? Jika anak anda ingin berkahwin dan calon suami ataupun isteri beliau, tubuhnya berpasang tatu, mahukah anda mengahwinkan anak anda dengan calon tersebut? Sudah tentu pandangan pertama anda terhadap calon anak anda tersebut adalah beliau ialah seseorang yang datangnya dari golongan yang tidak begitu baik. Dengan penjelasan ini, memang jelas bahawa kebanyakkan orang ataupun masyarakat menganggap remaja yang memasang tatu ditubuh mereka itu, sebagai remaja nakal ataupun "remaja samseng".
Sewajarnya, jika ibubapa mendapat tahu bahawa anak mereka memasang tatu, mulalah si ibu ataupun bapa berteriak dengan anak mereka. Ini menimbulkan tekanan yang hebat terhadap diri si anak dan juga orang tuanya. Dari sudut itu, timbullah pula masalah keluarga. Dan jika seseorang itu ingin menhilangkan tatu tersebut, bukannya senang untuk menghilangnya dalam sekelip mata. Beliau perlu menjalani rawatan. Harganya pula 'cantik', menimbulkan pula masalah kewangan. Itulah akibatnya jika kita membuat sesuatu perkara tanpa berfikir panjang dahulu.
Pendapat saya terhadap usaha yang dilaksanakan oleh pihak tertentu yang disebutkan dalam artikel tersebut adalah saya merasakan bahawa pihak tersebut sedang membuat perkara yang terbaik bagi golongan orang yang bertatu itu. Bahkan, saya berasa cukup berpuas hati. Ini kerana, walaupun rawatan tersebut mungkin tidak sehebat rawatan lain yang ada, sekurang-kurangnya pihak itu sedang mencuba sedaya-upaya mereka untuk menolong golongan orang yang bertatu tersebut. Ini juga menunjukkan bahawa mereka amat prihatin terhadap generasi golongan remaja muda Singapura kita ini, yang akan mengambil alih tempat generasi yang lama Singapura, dan juga yang akan menentukan masa depan negara kita.
Jika saya mempunyai seorang teman yang menghadapi masalah sedemikian, saya akan cuba menasihatinya untuk menjalani rawatan tersebut. Ini kerana seperti yang telah saya katakan tadi, tatu membawa pandangan bahawa seseorang itu 'nakal' ataupun 'jahat', terutama sekali pandangan pertama seseorang. Tidak mustahil juga, jika ianya sukar untuk mendapatkan kerja di kemudian hari. Saya tidak pernah menganggap tatu itu 'kool'. Apa faedahnya jika kita memasang tatu di tubuh kita jika yang hanya tatu itu melakukan adalah 'merosakkan' imej kita? Itulah remaja, asyik ikut kata-kata sahabat sahaja. Salahkah, dosakah, tidak pernah mereka mengambil kira asalkan mereka tidak dipandang rendah oleh teman ataupun disisih oleh sahabat-sahabat mereka. Remaja, remaja. Asyik pentingkan sahabat daripada keluarga sahaja.
Benarkan?
6:39 PM
Sunday, July 02, 2006
Etika Menulis BlogMemang wajar bahawa setiap manusia mempunyai mahupun memiliki hak mereka sendiri untuk mengatakan pandangan mereka masing-masing mengenai sesuatu. Justeru itu, mungkin dengan menggunakan alasan tersebut, mereka, terutama sekali belia yang berfikiran sempit, merasakan bahawa mereka bisa mengatakan komen-komen, meluahkan pandangan mahupun perasaan mereka dengan sewenang-wenangnya baik positif mahupun negatif. Mungkin ada juga diantara mereka terlupa bahawa blog mereka adalah blog awam dan semua pendapat, pandangan atau luahan isi hati mereka bisa dibaca oleh sesiapa sahaja.
Sudah wajar mahupun jelas lagi bahawa belia perlu, harus dan patut tahu etika ketika menulis blog. Apatah lagi jika seseorang itu menulis komen-komen negatif mengenai perkauman di blog beliau. Memang hak itu hak, tetapi belia harus berfikir dahulu akan reaksi si pembaca terhadap tulisan isi kandungan blog beliau. Semua ini jelas menunjukkan bahawa belia Singapura kini kurang was-was akan apa yang ingin ditulis mereka di dalam blog masing-masing. Mereka lupa bahawa mungkin kandungan yang terdapat di blog mereka akan menyinggung perasaan orang lain lantas bisa menimbulkan kemarahan orang ramai dan juga rasa tidak berpuas hati. Berkemungkinan besar, dari situlah tercetusnya sebuah sengketa.
Jika kita tidak berwaspada ketika menulis isi kandungan blog, kita bisa dikenakan tindakan undang-undang terutama sekali jika ia adalah mengenai komen-komen yang negatif mengenai perkauman. Saya juga tidak akan menolak kemungkinan bahawa kita akan dibenci orang jika kita tidak pandai berwas-was ketika menulis blog tidak kira mengenai apapun juga. Sebagai seorang pelajar dan juga pengguna blog, saya harus pandai berhati-hati ketika ingin menuliskan sesuatu di dalam blog saya mahupun mengatakan pendapat ataupun pandangan mengenai sesuatu.
Ini kerana manusia mempunyai sifat yang berbeza. Jika seseorang itu berfikiran sempit maka beliau akan berasa marah dan mengganggap kandungan blog itu negatif. Jika seseorang itu berfikiran luas, maka beliau pula akan menganggapnya positif. Memang tidak salah untuk seseorang itu meluahkan rasa ataupun pendapatnya di dalam blognya, cuma beliau harus berfikiran luas dan terutama sekali bertanggungjawab terhadap akan apa yang ingin disampaikannya kepada orang luar menerusi blognya.
Yang menambahkan malu, Singapura terkenal kerana ia adalah sebuah negara perkauman yang dikatakan hidup harmoni walaupun berbeza agama mahupun bangsa. Jika sengketa mengenai perkauman itu berterusan, apakah rakyat Singapura tidak malu akan apa yang akan dikatakan oleh negara lain? Itulah akibat yang terhebat jika sengketa perkauman itu berterusan berlaku dan si pengguna blog juga tidak bertanggungjawab mahupun berhati-hati ketika menulis isi kandungan blognya. Kata sahaja Singapura adalah negara harmoni yang berbilang bangsa namun lain pula yang terjadi.
Seperti yang telah dikatakan tadi, memang hak itu hak tetapi hormat itu hormat. Sikap saling hormat-menghormati patut dan mesti ada di dalam setiap manusia. Nanti ada pula yang kata rakyat Singapura berfikiran sempit bagai ketinggalan zaman dan asyik bertengkar mengenai perkauman sahaja. Mungkin ada juga yang kata rakyat Singapura tidak tahu saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Justeru itu, tidak malukah kita sebagai rakyat Singapura dikatakan sebegitu enak sahaja oleh orang luar? Dimanakah rasa malu kita itu? Ataupun memang kita ini yang tidak tahu malu?
10:37 AM